♥niNa SyakiNa♥








~..Be My Followers..~

:: April Fool? Ada Apa Dngan April Fool? ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Ada apa dengan April Fool?

April Fool’s Day mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam di Sepanyol akhirnya diserang tentera-tentera kristian. Penduduk-penduduk Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan terus berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran itu merupakan satu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya,(1 April), mereka mengambil semua barang mereka yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar semua rumah mereka. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya sudah habis dibakar. Pihak kristian kemudiannya terus menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah itu kemudiannya diarahkan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya diulangi setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool’s Day. Yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya meraikan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

nina jumpa artikel nihh...
tapi kesahihannya belum dikenalpasti...
lagipun, buat apa nak kenakan orang pada hari ini?


::nina says::
nina hari-hari kacau orang...
tak payah tunggu April Fool...
hehe... ^^


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Dear Smoker, I Hate You A Lot! ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


Hi Smoker...
You are so nice, right?

Why don't you do this,
Please get a plastic bag and cover yourself whenever you want start smoking.
So you can enjoy the smoke 100% by yourself, i don't want any percent of it.
And some of my friends, too... ♥

::nina says::
I hate SMOKER a lot!!!


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Stress, Jalan-Jalan Hilangkan Stress ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~



beberapa hari lepas nina agak tension dan stress sebenarnya...
dengan assignment, homework, presentation, macam-macam lagi laa...
memang moody gila... dengan tak cukup tidurnya...
isshhh... isshhh...





tapi, nasib baik laa ada penyeri duka yang lara...
kawan nina, Nazmi belanja nina Cupcakes!
alahai... sejukkk hati bila dapat kek comel... haha...

thanks a lot Nazmi, for the lovely cakes...



comel kan kek?

oh yaa... siapa Nazmi?
Nazmi tuhhh salah seorang kawan kelas nina...
kiranya dia nihhh kawan lepak nina,
kalau nina nak tengok wayang, ajak je dia...
confirm dia teman... lalalala...
sebab dia nihhh memang kaki wayang...

bila kaki wayang vs kaki jalan,
jawapannya...

aisshhh, jawap laa sendiri... hehe... ^^


nina paling suka yang ini... hihi
sebab warna favourite nihh...



actually, habis kelas dalam pukul 4.30 p.m, Nazmi terus ajak nina pergi KLCC... kononnya nak date... haha... but sorry... Im not in a mood for a date... lalalala...
ok... nina tipu... actually, dia ajak nina lepaskan stress...
dia pun ada masalah dengan Girl dia, dan nina pun ada masalah dengan Boy nina... lalalala...
tipu lagiii... hahaha... sebenarnya kitorang nak lepaskan tension study...

so, kitorang planning tengok wayang...
before tengok wayang tuhh, kitorang lepak-lepak dekat garden KLCC...
itu laa tempat lepak nina selama ini...
banyak kenangan manis kat sini... ngee
KLCC nihhh dah macam rumah kedua nina...
sini laa tempat terbaik nak release tension... hoho...
betulll... tak tipu... ^^

sebab apa?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

taraaa...

this!


my favourite fountain... haha...
pukul 6.00 p.m, baru show bermula...
cantik! I Loike!





::nina says::
stress, stress, stress
lumrah alam... lalalala...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Maggi Dan Pelajar, Tak Dapat Dipisahkan Bagai Isi Dan Kuku ::

Share

Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


hari sabtu yang indah... ^^
hari ini nina telah ditag oleh chapieqah!
thanks dear... huhu
tiba-tiba teringin nak buat...
almaklum laa, dah lama tak jawab soalan-soalan macam nihhh... huhu


sambil jawab tag, sambil makan maggi goreng ^^

haha... apa kess???
ssshhh... actually bukan masalah sebab tak cukup duit ke, apa ke, nina makan maggi hari nihhh,
kalau mama abah baca nihh, sila jangan salah faham okehhh...
tapi tiba-tiba hari nihh mengidam nak makan maggi goreng hasil tangan sendiri...

wakaka... lama gilaa tak memasak!
rindu sangat-sangat laa nak memasak kat dapur mama kat KK...
ktung ketang, ktung ketang... lalalala...
kalau laa boleh kembali ke masa lalu... hhhmmm...


acecehhh... terlupa...
dah... dah... jom jawab tag!


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup anda?
keluarga... paling penting... tanpa mereka, tiada laa nina di tahap ini...


2. Benda terakhir anda beli guna duit anda sendiri?
entah... tak teringat... rasanya just nasi goreng kampung tengahari semalam...
ehh... benda ke tuhh? ooppss...


3. Dimana tempat perkahwinan anda, dan apa tema perkahwinan anda?
nak kahwin dekat masjid... boleh? masjid Ubudiah laa... cantik!


4. Adakah anda sedang bercinta?
yuppp... bercinta dengan buku... hoho ^^
haha... kidding... I AM SINGLE...
dah serik bercinta... acecehhh...
kalau boleh nak kahwin terusss... gatai... haha


5. Berapa lama anda akan mencintai pasangan anda?
selagi tak habis degree... lalala


7. Antara mak dan ayah, mana anda lebih mesra?
nowadays, dua-dua mesra...
siap boleh gosip-gosip sekarang nihhh... haha


8. Namakan orang yang betul betul anda nak jumpa dalam hidup?
my prince charming...


9. Adakah anda membasuh baju anda sendri?
of course... kat sini kalau laundry kena bayar RM2.00 kottt...


10. Dimanakah tempat yang anda betul betul nak pergi?
Adelaide, Australia... ok... tipu...
nina teringin nak tunaikan Haji di Mekkah...


11. Pilih satu, peluk atau cium?
both... xsyok laa satu je... hahaha...
Love you Nik... tettt...
pssstt... Nik adalah kawan sebelah bilik yang suka main peluk cium... haha
kami memang kurang siuman... ^^


12. Lapan lagu yang selalu anda dengar?
Wo de Peng You Zhai Na Li... haha... -ringtone SMS nina nihhh...
ooppsss... jap... jap... nak lapan? banyak tuhhh...

tapi, sekarang nihhh nina paling suka lagu ini,
Chris Medina- What Are Words...

sangat menusuk jiwa, raga, jantung, paru-paru, dan kalbu...
hehe...


13. Enam blogger yang dipertanggungjawabkan mengambil tag ini
nina rasa enam tuhhh sikit sangat laa...
nina nak TAG semua kawan-kawan nina yang tersayang...
sila ambil yaaa... ^^



::nina says::
bebal wehhh, hari-hari makan maggi...
maggi=student
tak dapat dipisahkan... ahakksss


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Definisi Comel, Saya Rasa Saya Comel, Saya Puji Diri Sendiri, Apa Korang Kisah? ::

Share


Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


haha... geli-geleman dengan tajuk entry kali ini...
haha... comel? comel tuhh ada banyak maksud...

sempat laa nina interview beberapa responden...
ada yang mengatakan,
comel itu indah,
comel itu cute,
comel itu macam baby,
comel itu kulit putih,
comel itu...
comel ini...
comel itu bila pakai kereta Swift putih... ekk
bla... bla... bla...

tapi, sebenarnya,
apa itu COMEL?



DEFINISI COMEL

(comél) cantik dan menarik (berkenaan (dengan) kanak-kanak)
cantik dan menarik serta kecil orangnya (berkenaan (dengan) gadis atau wanita), kecil molek
kecil dan cantik (berkenaan (dengan) benda, binatang, dan sebagainya)
(comél) perkataan yang diucapkan dengan tidak tentu biji butirnya (seperti perkataan orang berleter, menggerutu, dan sebagainya)
comel pencomel suka merungut (mengomel, berleter), pengomel, peleter


anda kategori yang mana?



tapi, bagi nina, comel itu chubby!
kenapa?
sebab, tiap kali orang kata nina comel, mesti dia cubit pipi nina...
sakittt tau tak? lepas nihh sesiapa nak cubit pipi nina,
nina charge RM5 sorang...
ada berani? ~~!


nina tahu, kecomelan nina
berganda-ganda semenjak nina single... ekkk

"comel=cantik"


hahaha... ok... sila muntah sekejap...
menyampah puji diri sendiri... hahaha...

dah... dah... nina... cukup merepek tuhh...

apa-apa pun, kita kena sedar,

ke'cantik'an dan ke'handsome'man seseorang
adalah anugerah Tuhan dan tidak akan kekal lama...


jangan riak... ^^

::nina says::
siapa rasa dirinya comel, angkat tangan?


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Kisah Suka Duka Bergelar Pelajar ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~

haha... nina tertarik dengan satu artikel nihh...
nina baru je baca tadi...
first time baca terus terpikat...
haha... betul juga cakap dia...
jom... nina share artikel tuhh kat sini... ^^




~~~~

ALASAN KENAPA PELAJAR UNIVERSITI TAK LULUS PEPERIKSAAN


Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa atau mahasiswi bila dia tidak lulus ujian. Bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik… Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.


Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Makan
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu per semester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat. Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari.

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!



::nina says::
penat tau jadi pelajar nihh...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA

:: Saya Rindu Semua ::

Share
Salam Mesra Dari Nina Syakina
~~~~~~~


salam semua... aisshh... dah lama tak jenguk sini...
kesian dah berhabuk dah rumah nina nihh...
nasib baik ada kawan-kawan yang selalu datang tengok-tengokkan rumah nina nihh...
kan... kan... kan... ngee
terima kasih yaa... sayang semua... ^^

sejak kebelakangan ini, nina sangat-sangat sibuk...
sampai tak sempat nak update new story...
lepas nihh, nak cuba-cuba juga curi-curi update...
pastu nak pergi jenguk rumah korang... rindunyaaaa...
jom jenguk2... hihi...

sorry laa... sebab kadang-kadang nina pergi rumah korang tak sempat nak tinggalkan jejak...
tak sempat nak say hi hi, bye bye pun tak sempat... hikhik
tapi, semua yang pernah jadi kawan nina,
dan masih jadi kawan nina,
nina dah lawat korang nihh...
BETUL...
tak tipu... siap klik klik $$$ lagi... ngeee
ok laa... jumpa lagi...
ada assignment menanti... lalalalala....



::nina says::
jangan lupakan saya...


Photobucket

♥niNa SyakiNa♥ DALAM BUNGA CANTIK ADA NINA